SISTEM SEBARAN MAKLUMAT (MySMS)

picture

Sistem Sebaran Maklumat Potential Fishing Zone, PFZ melalui SMS dibangunkan bertujuan untuk penyebaran lokasi penangkapan ikan kepada nelayan berdaftar secara cepat dan berkesan. Pembangunan sistem ini menggunakan perkhidmatan gerbang SMS Kerajaan, MySMS 15888 yang dipantau oleh pihak MAMPU. 

Sebaran maklumat terkini yang diberikan berdasarkan permintaan pengguna. Caj sebanyak RM0.35 (mengikut caj telco) akan dikenakan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini. Pengguna perlu menaip RSENSING IKAN no. vesel dan hantar ke 15888 [Contoh RSENSING IKAN ABC123] Pastikan nombor vesel ditulis dengan betul. Abjad dan nombor tidak perlu dijarakkan. Hanya nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan sistem sahaja yang layak membuat permintaan data. Bagi pendaftaran pertama kali, pengguna boleh menghubungi PNK yang berhampiran dan membuat permohonan pendaftaran pengguna. Bagi menyemak nombor telefon bimbit dan vesel anda berdaftar atau tidak, pengguna perlu menaip RSENSING SEMAK dan hantar ke 15888.

Kelayakan pendaftaran hanya khusus untuk pemilik vesel yang mempunyai lesen yang sah dan berdaftar dibawah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Koordinat yang disebarkan adalah berdasarkan kelayakan vesel mengikut zon berdaftar. Maksimum lokasi yang akan dihantar adalah 6 lokasi sahaja dalam satu hari. (Kembali ke laman utama)