BERITA


SEPTEMBER 2015
Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan Elektronik

Aplikasi mobile yang dikenali sebagai MyFSI adalah by product Sistem FSI yang telah dibangunkan di bawah program MOSTI Social Innovation (MSI) bagi memperluas dan mengoptimumkan lagi capaian pengguna kepada maklumat lokasi penangkapan ikan. MyFSI mengintegrasi maklumat lokasi penangkapan ikan dengan maklumat cuaca lautan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang diperlukan oleh nelayan dalam merancang operasi penangkapan ikan. Pengguna berupaya mendapatkan maklumat tersebut melalui telefon pintar seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

dato lkim
Aplikasi Mobile Apps MyFSI Paparan Elektronik di PNK

9 OKTOBER 2014
MAJLIS ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM (AISA) 2014

Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) merupakan peringkat kedua pengiktirafan di peringkat nasional yang mengiktiraf penghasilan inovasi dalam empat (4) bidang pengurusan khusus iaitu Pengurusan Kewangan, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pengurusan Pentadbiran Daerah dan Tanah. Pada tanggal 9 Oktober 2014 bertempat di The Place @ One City Subang Jaya telah berlangsung majlis penganugerahan tersebut yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa Ketua Setiusaha Negara. Projek Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan telah diangkat sebagai pemenang dalam kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). TAHNIAH… lagi

dato lkim
Ketua Pengarah ARSM Menerima Anugerah Daripada Ketua Setiausaha Negara Wakil Agensi Kerjasama Yang Menerima Anugerah Iaitu DOF, LKIM dan NEKMAT
peserta2 peserta1
Ahli Pasukan Projek Ahli Pasukan Projek Meraikan Kejayaan

17 SEPTEMBER 2014
PROGRAM LONJAKAN APLIKASI SISTEM PENENTUAN LOKASI PENANGKAPAN IKAN (FSI)

Satu seminar kepada Ketua Daerah Perikanan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia telah diadakan pada 17 September 2014 di Hotel Star City Alor Star, Kedah. Seminar ini bertujuan untuk mempromosikan Sistem FSI disamping meningkatkan kesedaran tentang faedah dan peranan Ketua Daerah Perikanan dalam menggunakan portal tersebut.

dato lkim
Peserta Seminar Peserta Seminar
peserta2 peserta1
Antara Poster Projek FSI Yang Dipaparkan Sidang Akhbar

17 JUN 2014
LAWATAN TAPAK OLEH JAWATANKUASA PANEL PENILAI AIICT(ANUGERAH INOVASI ICT) 2014 KE JETI PENDARATAN IKAN LKIM KUANTAN PAHANG

Satu lawatan tapak telah diadakan pada 17 Jun 2014 oleh Jawatankuasa Panel Penilai AIICT 2014 Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ke Jeti Pendaratan Ikan Kompleks LKIM Kuantan Pahang. Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri dan menilai keberkesanan serta impak Sistem FSI kepada nelayan. Delegasi daripada pihak MAMPU telah diketuai oleh YBhg. Dato' Dr. Nor Aliah Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU serta 12 orang panel yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang telah terlibat dalam proses penilaian tersebut.

dato lkim
YBhg. Dato' Dr. Nor Aliah Mohd Zahri bersama nelayan tempatan Pegawai-pegawai yang terlibat dalam lawatan tapak
peserta2 peserta1
Penerangan oleh Operator Pusat Sebaran PNK Kuantan berkaitan web portal Sistem FSI Barisan Panel Penilai AAICT 2014

15 SEPTEMBER - 8 OKTOBER 2013
PROGRAM SURVEI AKUSTIK DI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA 2013

Pihak Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyertai Program Survei Akustik di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Program ini bertujuan bagi melaksanakan ‘ground truthing’ untuk imej satelit yang diterima oleh ARSM bagi kegunaan projek Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI). Program ini disertai oleh 4 orang Pegawai Penyelidik dan 12 orang krew kapal KK Senangin II.

dato
Krew dan Pegawai yang menyertai dalam pengumpulan data lapangan Survei Hidroakustik di atas vesel penyelidikan DOF, KK Senangin II


30 MEI 2013
PROGRAM TAKLIMAT SISTEM FSI KEPADA NELAYAN PANTAI TIMUR

Program taklimat dan penerangan kepada nelayan Pantai Timur yang telah dilaksanakan dalam usaha untuk mempromosikan projek tersebut disamping meningkatkan kesedaran pengguna kepada sistem ini.

dato
Taklimat kepada nelayan Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang diadakan di Tok Bali, Kelantan


26 - 30 MAC 2013
PAMERAN LIMA 2013

Ahli Projek Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan telah menyertai pameran LIMA 2013 di Langkawi yang diadakan pada 26 hingga 30 Mac 2013. Seramai 3000 orang pengunjung telah melawat tapak pameran projek FSI.

dato
Lawatan oleh Mantan Perdana Menteri ke Booth Pameran projek FSI


23 MEI 2012 - 1 JUN 2012
MESYUARAT KERJA DAN PROGRAM LATIHAN SANGKUT DI LEMBAGA PENERBANGAN DAN ANTARIKSA NASIONAL (LAPAN), JAKARTA, INDONESIA

Satu Mesyuarat Kerja dan Latihan Sangkut telah diadakan dari 23 Mei 2012 hingga 1 Jun 2012 di Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN), Jakarta, Indonesia bertujuan meningkatkan kepakaran melalui perkongsian teknologi baru yang merupakan kesinambungan program kerjasama antara ARSM dengan LAPAN dalam bidang aplikasi marin. Delegasi ARSM telah diketuai oleh Ketua Pengarah ARSM Dato’ Hj. Darus bin Ahmad dan 7 orang pegawai ARSM. ...lagi

dato lkim
PESERTA LATIHAN SANGKUT SESI PERBINCANGAN ANTARA ARSM DAN LAPAN
peserta2 peserta1
PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA KETUA PENGARAH ARSM PENERANGAN TEKNOLOGI UAV

21 NOVEMBER 2011
PERASMIAN SISTEM PENENTUAN LOKASI PENANGKAPAN IKAN DI KAWASAN ZON PANTAI BARAT SEMENANJUNG

Sekitar Majlis Perasmian Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan yang telah diadakan di Hotel Regency, Alor Setar. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pengusaha vesel laut dalam di sekitar negeri Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

dato lkim
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Sedang Menggunakan Sistem Penyampaian Sijil Kepada Peserta
peserta2 peserta1
Pengusaha Vesel Laut Dalam dan Nelayan Tetamu Kehormat

PETIKAN BERNAMA - Sistem Penentuan Lokasi Ikan Kurangkan Kos Operasi Nelayan

Penggunaan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan dapat mengurangkan kos operasi penangkapan ikan sebanyak 30 peratus dan dapat meningkatkan pendapatan nelayan pukat jerut sebanyak 20 peratus.. lagi


22 OGOS 2011 – 23 OGOS 2011
SESI PROMOSI DAN TAKLIMAT SISTEM PENENTUAN LOKASI IKAN DI PNK PERAIRAN SARAWAK

Promosi dan taklimat yang telah diadakan di PNK Bintulu dan PNK Belawai telah mendapat sambutan yang menggalakan bukan sahaja dikalangan pengusaha vesel laut dalam malah nelayan tradisional pesisir pantai tempatan. Mereka begitu teruja dan berminat untuk menggunakan Sistem ini didalam aktiviti tangkapan mereka. Mereka percaya Sistem ini akan meningkatkan hasil tangkapan ikan disamping dapat mengurangkan masa pencarian dan kos minyak ketika di laut.

dato lkim
PNK BINTULU PNK BELAWAI
peserta2 peserta1
SESI PERBINCANGAN BERSAMA PEGAWAI PERIKANAN WILAYAH II SIBU PENYERAHAN POSTER KEPADA PEJABAT PERIKANAN LAUT SARAWAK WILAYAH II SIBU

26 JUN 2011 – 8 JULAI 2011
SESI TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN PENGGUNA SISTEM PENENTUAN LOKASI IKAN DI PNK PERAIRAN SABAH

Sebanyak 11 buah PNK di Perairan Sabah telah dikunjungi oleh Pegawai daripada tiga agensi iaitu NEKMAT, LKIM dan ARSM bertujuan memberi taklimat serta membuat pendaftaran PNK dan pengusaha vesel ke dalam Sistem Penentuan Lokasi Ikan. Jumlah vesel yang terlibat adalah sebanyak 159 buah vesel yang menggunakan peranti pukat jerut.

dato lkim
PNK KUDAT PNK KUALA PENYU
peserta2 peserta1
PNK SANDAKAN PNK TAWAU

14 APRIL 2011
PETIKAN AKHBAR BORNEO POST - Tech to help state increase fish supply

The government has introduced the Remote Sensing Technology (RST) to the seine net fishermen in Sarawak in an attempt to turn around the low supply of fish in the state...more

28 FEBRUARI 2011 – 11 MAC 2011
ROADSHOW DAN TAKLIMAT KEPADA PNK PANTAI BARAT

Sekitar roadshow taklimat dan penerangan mengenai Sistem Penentuan Lokasi Ikan kepada Pengurus Besar dan Operator Portal telah dijalankan di 16 buah Persatuan Nelayan Kawasan di Perairan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

dato lkim
PNK TELUK BAHANG PNK YAN
peserta2 peserta1
PNK PULAU PANGKOR PNK KUALA KEDAH

18 JAN 2011
SEMINAR SISTEM PENENTUAN LOKASI IKAN

Sekitar Seminar Sistem Penentuan Lokasi Ikan yang diadakan di Hotel Shahzan, Kuantan, Pahang. Peserta seramai lebih kurang 128 orang yang terdiri daripada Agensi Remote Sensing Malaysia, IPP, SEAFDEC, Jabatan Perikanan, Pengerusi-Pengerusi NEKMAT, Persatuan Nelayan Negeri dan Kawasan dan juga pemilik bot pukat jerut Zon B hingga Zon C2.

dato lkim
Y.B Dato' Hj. Darus Ahmad, Ketua Pengarah Agensi Remote Sensing Malaysia Y.B Dato' Hj. Mohad Khazin Hamzah, Pengarah LKIM
peserta2 peserta1
Peserta seminar Peserta seminar

PETIKAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA - Remote Sensing Jimatkan Diesel Rakyat

Teknologi pengesanan jarak jauh atau remote sensing dijangka mampu mengurangkan penggunaan minyak diesel di kalangan nelayan kira-kira RM35 juta sebulan iaitu pengurangan sebanyak 30% berbanding sebelum ini.. lagi

11 JAN 2011 - 12 JAN 2011
BENGKEL OPERATOR SISTEM PENENTUAN LOKASI IKAN

Satu bengkel yang memberi pendedahan penggunaan portal kepada operator portal di bahagian Persatuan Nelayan Kawasan. Bengkel ini diadakan di Hotel Vistana, Kuantan.

5 DIS 2010
PETIKAN AKHBAR NEW STRAITS TIMES - When the fish are just an SMS away

Imagine a fisherman getting a text message on his handphone telling him exactly where the fish are going to be on a particular day..more

26 NOV 2010
MAJLIS PELANCARAN SISTEM PENENTUAN LOKASI PENANGKAPAN IKAN

Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bersempena Malam Kemuncak Festival Malaysia Inovatif pada 25 November 2010 di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Majlis ini yang turut sama dimeriahkan dengan kehadiran seramai 80 orang perwakilan nelayan daripada negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dan wakil-wakil pegawai dari semua agensi yang terlibat.
Dalam ucapan Y.A.B. Perdana Menteri semasa Malam Kemuncak Malaysia Inovatif 2010, beliau turut berkata bahawa inovasi merupakan dimensi ketiga bagi menjana kekayaan selain pelaburan domestik atau asing dan memenuhi permintaan dalam negara yang tinggi dan jika kita mampu menjana kekayaan melalui daya inovasi maka kita akan melonjakkan kekayaan negara ke tahap yang jauh lebih tinggi. Beliau juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan inovasi untuk melonjakkan kekayaan negara bagi memastikan hasrat memacu perubahan dan transformasi besar negara dapat dicapai menjelang 2020.
Wakil-wakil nelayan yang menghadiri majlis pelancaran Sistem FSI tersebut juga turut sama diberikan taklimat mengenai sistem ini pada 26 November 2010 di Agensi Remote Sensing Malaysia. Semasa sesi soal-jawab, pihak nelayan telah meminta supaya sesi penerangan atau road-show bagi sistem ini dibuat di setiap Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang terlibat agar ianya dapat memberi lebih pendedahan kepada nelayan yang berminat.

dato
Sekitar Malam Kemuncak Malaysia Inovatif 2010


26 NOV 2010 - 5 DIS 2010
Temui kami di tapak pameran MAHA2010 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.