SOALAN LAZIM

  1. Siapakan pengguna yang layak menggunakan sistem ini?
    Terdapat 2 kategori pengguna:
    i. Nelayan yang mempunyai vesel yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan (DOF).
    ii. Pihak berkuasa perikanan seperti DOF, LKIM dan NEKMAT.

  2. Adakah semua vesel yang berdaftar dengan DOF layak mendapat akses ke sistem?
    Hanya pemegang lesen B, C, dan C2 sahaja.

  3. Sekiranya lesen vesel telah tamat tempoh, adakah pengguna masih dapat mengakses ke sistem?
    Akses hanya kepada pemegang lesen yang masih aktif dan belum tamat tempoh sahaja.

  4. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan akses ke sistem?
    Bagi nelayan, mereka hendaklah pergi ke PNK berdekatan untuk mengemaskini maklumat dan mendapatkan kata laluan.
    Bagi pihak berkuasa perikanan, sila hubungi ibupejabat Agensi Remote Sensing Malaysia atau menghantar
    emel ke ikan@remotesensing.gov.my.

  5. Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat lokasi ikan menerusi SMS?
    Hanya nelayan yang berdaftar dengan DOF dan mempunyai lesen B, C dan C2 sahaja yang boleh membuat permintaan menerusi SMS.
    Taip : RSENSING IKAN [NO.VESEL]
    Hantar ke 15888.
    Terhad kepada pengguna CELCOM, MAXIS dan DIGI sahaja.

  6. Bagaimanakah untuk mendapat paparan terbaik untuk sistem ini?
    Sistem hendaklah dilayar menggunakan Mozilla Firefox. Pelayan hendaklah menyokong penggunaan Javascript, CSS, Cookies dan Pop-up.

(Kembali ke laman utama)